by on 21/06/2022 27
Sorotan Utama |
|
Yellow Submarine Preschool of Arts, Rumah Tangsi, Kuala Lumpur adalah sebuah prasekolah yang memberi pendekatan melalui kurikulum yang berasaskan seni dalam memperkasakan kanak-kanak untuk menjadi seorang yang kreatif dalam belajar dan pemikiran yang kritis. Seperti “kursus seni universiti yang bersesuaian untuk kanak-kanak” tujuan utama Yellow Submarine adalah untuk mengolah pendidikan dalam memelihara masa depan melalui Pembelajaran Kreatif. Dengan peningkatan keperluan dalam penyesaian masalah secara kreatif dan kritis, prasekolah ini mengambil langkah yang wajar untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak dalam menyelami pelbagai pengalaman kreatif dan membantu mereka meneroka kemahiran untuk menjadi lebih berjaya.
Kejayaan dimasa hadapan tidak bergantung kepada ilmu yang diketahui, tetapi melalui kebolehan untuk berfikir dan bertindak secara kreatif. Kejayaan masyarakat di abad ke-21 ialah Masyarakat yang Kreatif. Mitchel Resnick, Professor di Learning Research at MIT Media Lab
Selain terdapat cawangan kami yang lain di Ara Damansara dan TTDI, cawangan prasekolah yang terbaru di Rumah Tangsi ini merupakan rumah warisan yang sekarang ini di guna pakai untuk pertunjukan seni untuk komuniti setempat. Setiap sudut rumah ini diterangi dengan cahaya matahari yang tenang dan penggunaan tona semulajadi yang lembut, menjadikan persekitaran yang aman- seperti prasekolah di Finland – menyumbang dalam pengalaman pembelajaran yang optimum. Di waktu siang, kanak-kanak boleh bergerak bebas didalam dan diluar rumah, seperti di beranda, ruang utama, ruang legar, laman dan kawasan permainan.
Cawangan ini memberi kemudahan untuk ibu bapa yang berdekatan dengan pilihan yang berikut; separuh hari (9 pagi – 1 petang), sepenuh hari (9 pagi – 3 petang) dan waktu lanjutan (9 pagi – 6 petang).
Kanak-kanak dari pelbagai umur, terutamanya dari prasekolah, amat mudah untuk meluahkan idea mereka melalui warna, lakonan, bentuk dan bunyi. Dengan penyediaan tempat untuk berkarya, kanak-kanak akan lebih mudah untuk belajar dan bersukaria bukan hanya di sekolah, tetapi juga dari perlagai aspek untuk perkembangan mereka. Kurikulum yang ditawarkan di Yellow Submarine telah menggabungkan 5 bahagian kreatif pembelajaran yang diterapkan didalam teras program:
Aktiviti seni bina memberi kanak-kanak mereka peluang untuk mereka bentuk dan mendalami asas jenis-jenis reka bentuk, pembuatan model kecil, geometri dan kaedah pembinaan. Aktiviti-aktiviti ini menggalakkan kanak-kanak dalam membuat keputusan, contohnya, membezakan pembinaan atap yang tinggi atau rata.
Kanak-kanak yang suka mengikuti fesyen terkini boleh mencuba pelbagai gaya dan mereka fesyen yang terkini dalam memperkembangkan pandangan yang unik melalui penggunaan pelbagai kain, warna dan tekstur, seterusnya meningkatkan “motor skills”.
Tidak kira samada muzik, tarian, drama atau lakonan, setiap bidang akan menggalakkan pergerakan badan dan kecerdasan emosi dalam pelbagai cara untuk mencetuskan keseronokan dan meningkatkan imaginasi. Seni persembahan akan memperkayakan “motor skills”, social dan pentafsiran.
Projek memasak adalah lebih daripada mereka seni dalam makanan. Ia boleh mengajar kanak-kanak mengenai konsep matematik asas (menyukat bahan masakan), membina kemahiran berbahasa (membaca resipi), dan membiasakan mereka untuk makan dengan sihat.
Aktiviti seni dan kraf adalah cara yang terbaik untuk kanak-kanak meluahkan emosi dan pemikiran merek, terutamanya kanak-kanak yang pemalu. Ini memberi pembimbing pemahaaman yang baik untuk mengetahui perasaan dan pemikiran kanak-kanak.
Dengan memberi peluang kepada kanak-kanak berada dibelakang lensa, mereka dapat mempelajari pelbagai pencahayaan dan mencari kecantikan dari objek yang mudah. Ini juga akan membimbing kanak-kanak untuk kecekapan kordinasi tangan dan mata dan menaikkan keyakinan diri apabila mereka mencari kemahiran yang baru.
Selain dari pelagai pengalaman kreatif untuk kanak-kanak di Yellow Submarine, pembimbing juga mendidik perkara-perkara yang asas, seperti percakapan, membaca, menulis dan mengira, supaya kanak-kanak akan dibekalkan dengan kemahiran yang memudahkan mereka untuk belajar dan meningkatkan kemampuan remeka untuk terus berjaya. Subjek seperti membaca dengan fonik, matematik awal, dan eksperimen sains ada dinyatakan dalam jadual pembelajaran untuk memudahkan mereka belajar.
Terdapat juga kelas elektif dan aktiviti menarik seperti yoga yang juga boleh disertai oleh ibu bapa.
Yellow Submarine merupakan peringatan yang penting dimana terdapat pendidikan yang terbaik selain dari pemerkasaan akademik. Segala aspek sekolah – dari kurikulum, pembimbing dan persekitaran yang baik – mencerminkan komitmen untuk membimbing kanak-kanak untuk bertanya, meneroka dan mencuba benda baru, ini merupakan factor penting untuk perkembangan pemikiran, social, emosi dan fizikal. Di Yellow Submarine, guru-guru mereka terus berusaha untuk meletakkan perasaan dan pemikiran kanak-kanak untuk lebih terbuka dalam menerima dan meneroka pelbagai aktiviti baru dan mencipta idea sendiri. Seharusnya, kanak-kanak akan terus bermain dan para pembimbing menggalakkan mereka untuk melihat perkara dari sudut yang berbeza dan mengatur pilihan dalam mengatasi cabaran yang diberikan. Kanak-kanak akan pergi lebih jauh jika kreativiti mereka tidak disekat dan dihalang.