UCSI International School, Port Dickson
Kiddy123 Frame
Small Wonder Malaysia
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
The children's house

Tadika Terbaik di Bandar Bukit Puchong, Puchong Utama, Tasik Prima & Puchong South

by on 25/11/2019 18065

Also available in : English , 中文版

Senarai prasekolah dan tadika berkualiti di Puchong membawa kami ke kejiranan Taman Puchong Utama, dan usaha kami tidak sia-sia! Kami telah menemui beberapa “harta karun” unik untuk ibu bapa. Mari lihat prasekolah terbaik yang Kiddy123 jumpa di Taman Puchong Utama.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


Big Apple, Bukit Puchong

Bertempat di sebuah lot sudut dua tingkat, Big Apple, Bukit Puchong mempunyai pelbagai program yang direka khas serta fasiliti yang hebat, membawa pembelajaran kanak-kanak lebih dari sempadan kelas. Bahan pengajaran Big Apple mengikuti piawai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan pendedahan kepada Bahasa Inggeris, Fonik, Mandarin, Bahasa Malaysia, Pemerhatian Sains, dan Nombor, walau kumpulan umur paling muda – berumur 3 tahun – akan mendapat asas yang kukuh yang diperlukan untuk kembara pembelajaran mereka akan datang. Satu fakta yang hebat tentang tadika ini adalah mereka masih menerima si kecil yang masih belum mahir menggunakan tandas sepenuhnya, dan kerjasama antara ibu bapa dan guru akan dapat mempercepatkan proses latihan ini. Pelajar yang terlahir dari sini bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah juga lebih berdikari melalui kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran sosial yang diterima di Big Apple. .

Baca Selanjutnya

Big Apple, Bukit Puchong

No.1, Jalan BP 3/1, Bandar Bukit Puchong, Bukit Puchong, Puchong, Selangor 47120
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Kidskool, Bandar Bukit Puchong

Kidskool, Bandar Bukit Puchong menjanjikan tempat selamat untuk bayi dan kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 12 tahun. Bagi kebanyakan keluarga, tadika ini memberikan hanya yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kidskool telah membantu mereka berkembang maju daripada segi emosi dan intelek, dan ibu bapa berpuas hati dan gembira dengan pengalaman mereka.

Program-program di Kidskool bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak berkembang penuh keyakinan dan seterusnya dapat berkembang maju dalam apa sahaja situasi di masa hadapan. Menggunakan pendekatan berasaskan permainan, kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti yang membolehkan mereka menemui perkara baharu. Mereka belajar tentang diri mereka dan di mana mereka sesuai di dunia. Permainan pretend-play, cerita moral, kraftangan dengan bahan kitar semula, masakan dan permainan berstruktur lain adalah sebahagian daripada keseronokan di Kidskool. Malah aktiviti harian seperti makan dan tabiat tidur yang baik juga diajar di sini. Kemahiran yang mereka pelajari disni adalah pelbagai.

Semuanya ditetapkan dalam persekitaran yang selamat dengan garis panduan yang jelas, serta komunikasi yang terbuka dan telus.

Baca Selanjutnya

Kidskool, Bandar Bukit Puchong (HQ)

No. 1, Jalan BP 7/12, Bandar Bukit Puchong, Bukit Puchong, Puchong, Selangor 47120
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Kinderland Puchong Utama memberi fokus pada muzik untuk meningkatkan literasi bahasa. Ini merpakan satu-satunya prasekolah yang kami lihat setakat ini yang menggabungkan muzik sebagai sebahagian daripada silibus pelajarannya. Selain dari Muzik & Pergerakan yang dilakukan degan alat perkusi, Program Muzik Kanak-Kanak Kinderland memberikan peluang kepada pelajar mereka untuk bereksperimen dengan alat muzik dan mendapat pendedahan awal terhadap penghargaan muzik. Dengan tambahan muzik ke dalam kurikulum sekolah juga membantu kanak-kanak untuk meningkatkan tumpuan dan saya ingatan mereka, keupayaan untuk mengekspresi perasaan lebih baik, pemahaman asas muzik, keupayaan untuk membaca skor muzik dan penghargaan terhadap kerja berkumpulan.

Tadika ini juga mempunyai program kesihatan dan kecergasan yang direka khas untuk kanak-kanak, Program KinderFit, yang membina keyakinan diri, tabiat yang baik, semangat berpasukan dan sikap positif terhadap gaya hidup yang sihat.

Baca Selanjutnya

Kinderland Puchong Utama

No. 1, Jalan PU1/11A, Taman Puchong Utama, Puchong, Selangor 47140
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Little Angel Kindergarten, Tasik Prima Puchong

Little Angel Kindergarten, Tasik Prima Puchong diuruskan oleh pengetuanya Puan Ho bersama-sama dengan kumpulan pengajar yang bersemangat dan berdedikasi. Berdasarkan pengalamannya, beliau percaya bahawa teknik pengajaran holistik yang menumpukan kepada perkembangan kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lebih berkesan berbanding pembelajaran akademik.

Terdapat banyak aktiviti praktikal disertakan dalam kurikulum di sini seperti eksperimen sains, seni dan kraf, kelas komputer serta aktiviti muzik dan tarian. Kanak-kanak dapat lebih menumpukan perhatian dengan adanya keseimbangan dalam bermain dan belajar. Terdapat juga kelas tambahan untuk para pelajar yang ingin belajar dengan lebih lagi seperti kelas ucapan dan drama, Han Yu Pin Yin dan kelas Bahasa Malaysia.

Puan Ho menekankan bahawa memupuk sikap pembelajaran yang positif dan menerapkan nilai moral adalah lebih penting dari mencapai kecemerlangan akademik. Hal ini kerana pembelajaran merupakan proses sepanjang hayat dan tidak berhenti setelah mencapai gred A. Bagi menjadikan proses pembelajaran lebih seronok, kanak-kanak diajar nilai moral melalui nyanyian dan bacaan. Misi Puan Ho adalah untuk mendidik dan memupuk kanak-kanak untuk menjadi seseorang yang bertanggungjawab

Baca Selanjutnya

Little Angel Kindergarten, Tasik Prima Puchong

No. 16-2 & 15-2, Prima Bizwalk, Jalan Tasik Prima 6/2, Tasik Prima, Puchong, Selangor 47150
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


PowerKids, Puchong Utama

PowerKids, Puchong Utama ialah tadika yang berpandangan ke hadapan dengan visi untuk memperkasakan kanak-kanak melalui kemahiran abad ke-21, seterusnya menjadi pelajar adaptif sepanjang hayat yang akan dapat cemerlang dalam dunia kita yang pesat berubah. Prasekolah yang mesra ini merupakan cawangan terbaru PowerKids – yang terdiri daripada tadika di Sri Petaling, Parklane OUG, Bukit Jalil, Salak South Garden dan Puchong Utama. Dipercayai oleh ibu bapa sejak 2001, PowerKids telah memperoleh reputasi dalam menyediakan kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun dengan permulaan terbaik dalam pendidikan.

Misi tadika ini adalah untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik, mengukuhkan kualiti perwatakan mereka dan memupuk nilai moral yang lebih baik melalui kurikulum FunGates. Di sini, kanak-kanak sentiasa dijadikan fokus dalam semua aspek sekolah - seperti yang digariskan dalam motonya "Children First (Kanak-kanak Didahulukan)". Keperluan kanak-kanaklah yang menentukan keputusan pengurusan yang dibuat oleh tadika ini.

Baca Selanjutnya

PowerKids, Puchong Utama

No. 1, Jalan 3/1A, Taman Puchong Utama, Taman Puchong Utama, Puchong, Selangor 47100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


R.E.A.L Kids, Puchong South

Sejak penubuhannya pada tahun 1996, R.E.A.L Kids (dahulu dikenali sebagai CEC) telah berkembang sebagai salah satu tadika terbesar yang dioperasi oleh pemiliknya sendiri di Malaysia, dengan lebih 30 pusat dan 5,000 orang pelajar di seluruh negara. Tadika ini dilengkapi dengan ruang yang dibina bagi tujuan tertentu dan pelbagai kemudahan untuk kanak-kanak seperti kolam renang, gim, bilik multimedia, bilik muzik, perpustakaan, sudut Sains serta taman permainan luar dan dalam.

Melalui kurikulum yang direka khas oleh R.E.A.L. Kids, kanak-kanak dapat dibentuk menjadi seorang yang berkebolehan, positif dan yakin; serta memupuk minat yang mendalam dalam pembelajaran

Baca Selanjutnya

R.E.A.L Kids, Puchong South

Ground Floor, Residensi Lot 8 Block C, Lot 1, Jalan Puchong South 1, Bandar Puchong South, Puchong, Selangor 47100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Shambala Kidz

Shambala Kidz Leadership Preschool berusaha untuk memupuk kemahiran kepimpinan agar mereka dapat menerapkannya dalam perjalanan pembelajaran dan kehidupan mereka. Menggunakan program yang disokong penyelidikan yang dipanggil Shambala Kidz Leadership Development Program, kanak-kanak diasah menjadi pemimpin sebagai sebahagian daripada program pembelajaran mereka.

Kemudahan di prasekolah ini lengkap dengan pelbagi sumber yang bersesuaian untuk pertumbuhan kanak-kanak secara akademik, sosial dan fizikal. Segala-galanya di sini direka untuk membantu kanak-kanak belajar berdikari dan membina keyakinan untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Baca Selanjutnya

Shambala Kidz Leadership Pre-School, Bandar Bukit Puchong

No. 42, 42A, 42B, Jalan BP 7/8, Bukit Puchong, Puchong, Selangor 47120
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Tadika Sri Cahaya Ria, Bandar Bukit Puchong

Tadika Sri Cahaya Ria ialah tadika yang mesra dan berfokus pada pendidikan holistik kanak-kanak. Dibimbing oleh pendidik berpengalaman yang berkomitmen tinggi, tadika ini mengikuti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tadika Sri Cahaya Ria menawarkan program separuh hari dan sepenuh hari untuk memenuhi keperluan ibu bapa dan kanak-kanak. Selain itu, ia juga menyediakan program seperti kelas seni dan kraf, aritmetik, serta kelas ukulele pada hari biasa dan hujung minggu. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun, sama ada mereka pelajar atau bukan pelajar tadika.

Baca Selanjutnya

Tadika Sri Cahaya Ria, Bandar Bukit Puchong

No. 50, Jalan BP 3/14, Bandar Bukit Puchong, Bukit Puchong, Puchong, Selangor 47100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 

 

 


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.