on 07/08/2017 2397
R.E.A.L Kids TTDI merupakan salah satu daripada 30 buah pusat yang dimiliki oleh R.E.A.L Kids, rangkaian terbesar tadika yang dioperasi oleh pemiliknya sendiri di Malaysia dan penaung dalam mempraktikkan pendekatan Multiple Intelligences oleh Dr Howard Gardner untuk pembelajaran pra-sekolah.
Oleh kerana setiap kanak-kanak adalah unik, para guru di R.E.A.L Kids bermula dengan mengenal pasti cara pebelajaran terbaik bagi mereka. Pendekatan yang pelbagai ini membenarkan kanak-kanak untuk meneroka keupayaan pembelajaran mereka untuk menilai sendiri kekuatan dan minat mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mempunyai kebolehan linguistik verbal boleh belajar dengan baik melalui aktiviti seperti permainan kata, deklamasi sajak dan penceritaan. Progres ini akan mempengaruhi sisi pembelajaran lain secara postifi apabila kanak-kanak yakin dengan kebolehan mereka sendiri. Sesuai dengan namanya, Results Enhancing through Active Learning (R.E.A.L), program di tadika ini direka khas untuk menyediakan kanak-kanak ke alam persekolahan secara formal.
R.E.A.L Kids TTDI menawarkan program separuh hari (8 am-12pm), sepanjang hari (8am-3.30 pm) dan program lanjutan (3pm-6.30pm) untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun. Program-program ini mampu meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar melalui aktiiviti yang menyeronokkan seperti muzik, tarian, penceritaan, berenang, gimnastik junior, memasak serta kraft dan seni – semua ini di bawah satu bumbung untuk memudahkan ibu bapa yang bekerja. Budaya di R.E.A.L Kids juga memberi penekanan kepada pembinaan karakter untuk menerapkan nilai-nilai diri yang baik kepada seriap kanak-kanak.
R.E.A.L Kids, TTDI (Kuala Lumpur)
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur 60000
Malaysia