on 07/08/2017 2260
Sebaik sahaja kami melangkah masuk ke R.E.AL Kids Puchong Jaya, kami seperti melangkah ke alam kanak-kanak. Bangunan tiga tingkat ini dihias dengan deretan bendera berwarna-warni di mana 350 kanak-kanak diselia di bawah dua orang pengetua dan lebih 30 orang para guru. Ia merupakan tadika yang paling mengagumkan yang pernah kami lihat!
Pengetua kanan di sini, Puan Janet tersenyum melihat kekaguman kami. “Kami bebas untuk memilih reka bentuk dan kemudahan di sini. Kami memilih struktur bulat, ruang yang melengkung dan tangga melingkar untuk menarik perhatian kanak-kanak dan merangsang minda mereka”. Suasana di tadika ini yang dikelilingi pokok-pokok sememangnya mampu membantu kanak-kanak untuk terus berkembang dan belajar.
Kami turut memerhati kanak-kanak di R.E.A.L Kids yang boleh membaca dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Pengetua di sini, Puan Jessica menjelaskan bahawa buku yang digunakan bertujuan untuk mengajar kanak-kanak mengenai urusan harian hidup dan isu-isu yang boleh mereka fahami. Sekolah ini turut menawarkan program Mandarin penuh yang merupakan asas kukuh bagi kanak-kanak yang akan melangkah ke sekolah jenis kebangsaan Cina selepas ini. Pusat ini juga direka khas menyerupai sekolah rendah supaya kanak-kanak dapat membiasakan diri apabila mereka masuk ke sekolah rendah.
Oleh kerana itu, kami percaya bahawa kanak-kanak di sini menikmati proses pembelajaran yang tidak hanya berlandaskan aturan sekolah formal. Kami melawat makmal komputer di sini dengan siling kaca tinggi yang mempamerkan kehijauan di luar. Kanak-kanak di sini menggunakan program komputer untuk meneroka warna, bentuk dan membuat rekaan mereka sendiri serta melakukan aktiviti pembelajaran dan bermain permainan. Di dalam bilik muzik, terdapat tamborin, dram, kastanyet, marakas, dan sebagainya.
Lawatan luar turut diadakan untuk memberi lebih pendedahan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak dapat melihat cara penghasilan roti, cara pembuatan coklat dan kerja-kerja kilang yang lain. Terdapat juga hari kantin pada penghujung tahun di mana setiap kanak-kanak akan membawa sejumlah wang untuk membeli barangan jualan yang dikendalikan oleh para guru. Puan Jessica menjelaskan bahawa mereka mengajar kanak-kanak nilai duit dan cara pengiraan serta proses membuat keputusan sama ada mereka ingin membeli air ataupun getah pemadam.
Kesemua aktiviti kokurikulum ini yang dilengkapi kemudahan tambahan seperti kolam renang, gim, taman permainan di luar dan dalam, perpustakaan, bilik Multiple Intelligences, sudut Sains dan segala yang ibu bapa inginkan untuk perkembangan anak-anak mereka.