by on 13/06/2024 952
Sorotan Utama |
|
Bunyi suara kanak-kanak yang rancak memenuhi ruang udara sebaik sahaja kami mendekati premis sekolah PeiKen Mandarin-English Preschool, yang terletak di sebuah kawasan perumahan yang diselubungi kehijauan di Bandar Puteri Puchong. Sesi perhimpunan sedang berlangsung, dan memandangkan ia juga merupakan Hari Buku Sedunia, kanak-kanak dihiburkan dengan sesi bercerita.
Ketika kanak-kanak seronok dan ghairah melihat persembahan itu, kelihatan beberapa ibubapa dan penjaga berdiri di sebelah tapak perhimpunan, senyuman terukir di wajah mereka.
Aktiviti dan acara seperti ini adalah perkara biasa di PeiKen, sebuah prasekolah di bawah jenama Beaconhouse yang terkemuka. Pengetua sekolah, Cik Elise Cheng, percaya terhadap mewujudkan persekitaran di mana pembelajaran kanak-kanak tidak tertakluk kepada empat dinding bilik darjah sahaja, dan di mana ibubapa juga terlibat dalam pengalaman pembelajaran anak-anak mereka.
Ciri utama Pei Ken adalah bahasa pengantara dwibahasanya, yang menekankan Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris, disokong oleh pembelajaran Bahasa Melayu sabagai bahasa ketiga.
Bahasa merupakan tunjang literasi dan adalah perlu dikuasai untuk mula membaca dan menulis. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dwibahasa lebih cekap dalam pelbagai aspek, termasuklah kreativiti dan daya penyelesaian masalah yang lebih tinggi, di samping mempunyai kemahiran mendengar dan sosial yang lebih mantap.
Oleh sebab itu, pendekatan dwibahasa ini digunakan untuk matapelajaran-matapelajaran yang lain seperti Pengetahuan dan Pemahaman Dunia, Matematik, dan Perkembangan Kreatif.
Alatan pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran dipaparkan dalam dua bahasa. Setiap bilik darjah biasanya terdiri daripada dua guru, atau seorang guru dan penolong guru, di mana salah satunya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, manakala guru yang lain pula dalam Bahasa Mandarin.
Kesemua guru-guru di PeiKen merupakan ahli profesional yang berdedikasi dan memiliki ijazah diploma atau sarjana muda dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, ataupun sijil kursus penjagaan kanak-kanak. Mereka juga terlatih dalam pertolongan kecemasan dan perlindungan kanak-kanak.
Bilangan pelajar dalam kelas dikekalkan pada angka yang rendah bagi memastikan murid-murid mendapat perhatian dan sokongan yang secukupnya. Sesi berenang dan gim pula diadakan setiap minggu untuk mengalakkan aktiviti fizikal.
Sebahagian daripada pembelajaran secara hands-on melibatkan aktiviti di luar bilik darjah. Murid-murid akan menangkap serangga untuk mengetahui lebih lanjut tentang haiwan dan serangga. Mereka mungkin juga bermain dengan air atau tepung di tapak perhimpunan.
"Kurikulum kami mengikut pendekatan seimbang yang direka khas untuk mengalakkan pembelajaran menerusi permainan dan penerokaan," terang Cik Elise, seorang pendidik yang berpengelaman selama 15 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. "Selain elemen dari Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), rangka kami juga menerapkan unsur-unsur dari kurikulum Beaconhouse Early Years, dengan program-program seperti Jolly Phonics untuk perkembangan literasi awal, dan Cambridge English untuk membentuk asas yang kuat dalam bahasa tersebut. Misi kami adalah untuk memupuk kanak-kanak melalui pengalaman yang pelbagai dan interaktif, bagi memenuhi rasa ingin tahu mereka dan menanam rasa cinta terhadap ilmu."
Matlamat pihak sekolah adalah untuk memupuk minda-minda muda menurut profil pelajar Beaconhouse: bagi membina individu yang kreatif dan inovatif, bersemangat ingin tahu, mempunyai belas kasihan dan kesedaran global, beretika, mampu membuat analisa, tekad, bijak digital, serta sihat dan cergas.
Murid-murid juga mendapat manfaat dari program kokurikulum yang kukuh, yang melibatkan aktiviti pengayaan seperti pidato, drama dan pertuturan, tarian moden, robotik, dan Taekwondo
Selain itu, murid-murid juga boleh menyertai rombongan sambil belajar dua kali dalam setahun, di samping sambutan perayaan, hari bertema, konsert tahunan, dan lain-lain lagi.
Kemudahan-kemudahan di PeiKen Mandarin-English Preschool boleh disifatkan sebagai luas dan lengkap.
Kampus yang dibina khas ini direka seperti sebuah sekolah rendah bagi membantu kanak-kanak menyesuaikan diri apabila mereka beralih ke Darjah 1.
Bangunan dua tingkat setengah ini terdiri daripada bilik-bilik darjah, bilik muzik, makmal STEM, makmal IT, perpustakaan, dan kafeteria. Terdapat juga sebuah taman permainan luar, kawasan permainan pasir, dan kolam renang tertutup.
Keselamatan dan kebersihan dititikberatkan. Premis sekolah dibersihkan setiap hari dan disanitasikan secara menyeluruh pada hari Sabtu. .
Dari segi keselamatan pula, pihak sekolah mengamalkan polisi yang ketat mengenai pengambilan murid-murid dari sekolah, dan mereka mengemaskinikan ibubapa dengan kerap mengenai kemajuan anak-anak mereka melalui applikasi LittleLives.
PeiKen Mandarin-English Preschool menanamkan rasa cinta terhadap ilmu menerusi pembelajaran hands-on dan kurikulum yang seimbang yang menekankan penguasaan bahasa. Kaedah-kaedah ini memupuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, memberi mereka perhatian dan sokongan yang rapi serta peluang untuk mengembangkan diri mereka.
Matlamat sekolah adalah untuk mendidik generasi akan datang yang boleh berfikir secara inovatif, dengan semangat kepimpinan yang tinggi. Menerusi aktiviti dan pembelajaran yang memenuhi rasa ingin tahu mereka, dan juga melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk kejayaan, kanak-kanak di sini bermotivasi untuk mencipta impak yang positif dalam komuniti masing-masing, dan seterusnya megorak langkah ke masa hadapan yang mereka pilih.