by on 10/03/2022 85
Sorotan Utama |
---|
|
Walaupun Cubs Early Years (CEY) merupakan nama yang agak baru dalam bidang pendidikan awal di Malaysia, namun ia kini adalah antara nama yang disebut-sebut dan dicari oleh keluarga yang mempunyai anak prasekolah. Kiddy123 sempat berbual dengan Puan Suzlinda, Pengurus Akademik CEY Elmina, Shah Alam, untuk mencungkil rahsia kejayaan prasekolah itu.
Persaingan agak sengit di luar sana dari segi pilihan prasekolah, tetapi CEY Elmina tetap berjaya berkembang dengan maju. Puan Suzlinda mengaitkan kejayaan ini dengan pendekatan pengajaran unik yang digunakan.
Berbeza dengan penggunaan pendekatan pengajaran yang standard seperti di kebanyakan tadika, pendekatan unik kami berdasarkan konsep pendidikan Urie Bronfenbrenner, di mana persekitaran kanak-kanak adalah elemen utama yang digunakan untuk pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Hubungan sememangnya wujud antara persekitaran dan perkembangan kanak-kanak, tetapi malangnya, kanak-kanak hari ini seperti telah putus hubungan dengan persekitaran tersebut dan ia amat merugikan mereka. Kami sedang kembali kepada asas untuk memastikan pelajar-pelajar kami dapat berhubung kembali dan berinteraksi dengan keluarga, guru, masyarakat dan dunia mereka untuk belajar dengan didikan menyeluruh.
Dalam penyampaian pendidikan awal berkualiti tinggi, terdapat lebih banyak kesalinghubungan seperti ini daripada yang dapat dilihat, seperti dijelaskan oleh Puan Suzlinda. Beliau turut menghuraikan bagaimana kanak-kanak di bawah umur prasekolah biasanya hanya mempunyai hubungan rapat dengan keluarga masing-masing, contohnya ibu bapa. dan adik beradik. Beliau seterusnya menerangkan perubahan kanak-kanak apabila mereka memasuki taska, tadika dan prasekolah, di mana mereka akan mula berhubung dengan orang lain di luar. Mereka juga akan mula menyedari perbezaan dalam hubungan antara mereka dan ibu bapa, dan juga rakan sebaya, guru, dan lain-lain.Selain pemerolehan akademik, kanak-kanak juga akan memahami kedudukan emosi dan sosial mereka sendiri, dan inilah yang akan membentuk pendidikan awal yang menyeluruh dan lengkap untuk mereka. “Tanggungjawab kami sebagai pendidik adalah untuk menyediakan persekitaran yang positif untuk pelajar-pelajar muda ini supaya mereka dapat menyerap semua pelajaran harian mereka melalui penglibatan dengan guru, kakitangan, pelajar lain, dan sebagainya. Dalam aspek ini, harus ditekankan juga bahawa bapa tetap mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan anak-anak mereka,” jelasnya dengan sabar.
Dengan penggunaan pendekatan ini, persekitaran di CEY Elmina sentiasa kekal kondusif dan berpusatkan kanak-kanak supaya para pelajar menikmati yang terbaik daripada ruang pembelajaran mereka, serta segala interaksi di ruang ini. Kanak-kanak juga digalakkan untuk berkongsi semua yang dipelajari dengan keluarga mereka, di mana ia menjadi sebahagian daripada keseluruhan pendidikan lengkap mereka yang berlangsung di dalam dan di luar bilik darjah.
Meruruk balik kepada "di luar bilik darjah", kurikulum seimbang CEY Elmina turut menawarkan program D Jungle Juniors untuk perkembangan semua pelajar mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Puan Suzlinda, ia merupakan "pengalaman luar di dalam sekolah". Prasekolah CEY Elmina berada di bangunan tiga tingkat yang mampu menampung kemudahan ini di tingkat bawah mereka, lengkap dengan rumah pokok dan kawasan permainan yang besar. Program ini mempunyai pelbagai aktiviti yang disediakan khas untuk keriangan dan keseronokan kanak-kanak, dan ini termasuk pembawaan masuk haiwan hidup untuk berinteraksi dengan kanak-kanak.
"Ini adalah antara cara-cara kami menggalakkan pembelajaran dalam CEY kerana kami sentiasa melibatkan diri dengan kanak-kanak menggunakan aktiviti dan pendekatan yang menyeronokkan, yang menggalakkan hubungan dan pemilikan (ownership) alam sekitar," katanya. "Kanak-kanak akan mempraktikkan pelajaran di dalam bilik darjah untuk kehidupan sebenar semasa berada di luar bilik darjah."
Dari segi akademik, selain mata pelajaran Matematik, Sains dan lain-lain, pelajar-pelajar CEY Elmina dibimbing dalam penguasaan bahasa untuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin. Ibu bapa boleh yakin bahawa tuntutan ini bukanlah tidak berasas kerana usaha diambil menggunakan bahan pengajaran dan aktiviti, supaya kanak-kanak sentiasa berpeluang menggunakan bahasa yang dipelajari dengan berturut-turut, dan ini sekali gus membina keyakinan mereka dalam penggunaan bahasa tersebut. "Kami berbangga dengan program kami dan jiga prasekolah kami. Pendidik kami juga dipilih dengan teliti, seiring dengan tanggungjawab kami untuk membentuk dan mengasuh kanak-kanak - ini adalah tumpuan utama kami," kongsi Puan Suzlinda.
Selain daripada semua ini, kami juga diberi tahu bahawa "bilik gelembung" untuk pelajar juga diberi tumpuan khas, dan bilik-bilik tersebut dipastikan kondusif, kreatif dan serba lengkap di mana pelajar boleh bergerak dengan bebas. Bilik gelembung juga dapat memastikan pendedahan kepada kanak-kanak dan kakitangan dihadkan untuk memastikan keselamatan pada masa ini. Warna pastel putih dan hijau menjadi pilihan warna dalam hiasan CEY kerana ia terbukti membangkitkan perasaan tenang dan nyaman. Hijau juga menggambarkan alam semula jadi, seperti program yang digalakkan oleh CEY. Pada keseluruhannya, perhatian yang teliti diberikan untuk memastikan pelajar yang belajar di sini mendapat pengalaman terbaik.
Menariknya, Kiddy 123 juga dimaklumkan bahawa Puan Suzlinda juga seorang pakar pemakanan terlatih. Ini bererti, makanan dan snek yang berkhasiat dan lazat yang disajikan di CEY Elmina dan juga cawangan-cawangan lain semuanya telah dirancang dan dicipta olehnya untuk membantu membekalkan badan dan minda yang sedang membesar dengan nutrien penting yang mereka perlukan untuk berkembang maju.
Keluarga-keluarga di Shah Alam tidak perlu mencari lebih jauh daripada CEY Elmina untuk program prasekolah unik yang pasti memperkayakan, dan yang akan membantu menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi cabaran yang akan datang. Ia sememangnya asas yang lengkap yang boleh membantu menetapkan perjalanan yang lebih berjaya, di sekolah dan seterusnya!