on 12/01/2024 162
Sorotan Utama |
|
Big Apple telah lama mewakili pendidikan prasekolah yang berkualiti, dan merupakan jenama yang dipercayai dan dihormati para ibu bapa. Demi menjawab permintaan tulus daripada ibu bapa, Big Apple dengan sukacitanya telah melancarkan servis baru mereka, iaitu Big Apple Before & After School Care SS2. Terletak di tingkat pertama berhadapan prasekolah mereka(Big Apple SS2, cawangan Petaling Jaya),pusat ini menawarkan persekitaran yang kondusif untuk pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang berdekatan, berteraskan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan yang luar biasa.
Big Apple Before & After School Care SS2 menyediakan perkhidmatan penjagaan harian yang boleh dipercayai, dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 6 petang. Program mereka yang komprehensif merangkumi pelbagai aktiviti sepanjang hari, memastikan pelajar menikmati persekitaran yang seimbang dan penuh sokongan.
Program |
Masa |
Aktiviti |
Sebelum Sekolah(Before School Care) |
8.00am – 12.00pm |
Sarapan - Bimbingan kerja rumah - Tuisyen mengikut subjek - Makan tengah hari - Masa membaca - Servis pengangkutan ke sekolah |
Selepas Sekolah(After School Care) |
2.00pm – 6.00pm |
Servis pengangkutan dari sekolah - Mandi dan makan tengah hari - Bimbingan kerja sekolah - Tuisyen mengikut subjek – Masa membaca |
Dengan tenaga kerja yang terdiri daripada guru yang berpengalaman dan berkelayakan serta mahir dalam Kurikulum Kebangsaan Malaysia (KSSR), pusat ini mengamalkan sesi untuk membaca selama 30 minit setiap hari. Sesi unik ini merangkumi permainan, sesi bercerita, dan interaksi secara lisan untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan Mandarin.
Selain servis penjagaan seharian, pusat ini turut menyediakan pelbagai program cuti sekolah yang menarik, seperti bengkel sains, kelas masakan, dan permainan dalaman. Di samping itu, mereka juga menganjurkan lawatan sambil belajar untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak semasa cuti sekolah yang panjang.
Perkhidmatan tuisyen di Big Apple Before & After School Care SS2 diterapkan secara lancar dengan program penjagaan harian mereka. Dengan bahan pengajaran eksklusif yang digubal oleh pasukan pendidik yang mahir, berlandaskan Kurikulum Kebangsaan Malaysia (KSSR) dan format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), pelajar menerima 1.5 jam tuisyen setiap hari dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin, Matematik dan Sains. Kelas dijalankan dalam kumpulan kecil, memastikan perhatian peribadi dan pembelajaran yang berkesan.
Pusat ini juga menggunakan kaedah pengajaran interaktif melalui alat projektor, memberi tumpuan kepada kecepatan membaca dan kemahiran daya ingatan melalui teknik imaginatif seperti imej, cerita, muzik, dan sajak (rhyming). Teknik-teknik ini telah terbukti berkesan dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan pengekalan maklumat. Dengan mengaitkan konsep dengan imej hidup, naratif yang menarik, melodi dan juga rentak irama, pelajar boleh membina sambungan saraf (neural connections) yang lebih kuat, yang akan memudahkan pemahaman mereka secara lebih mendalam dan juga meningkatkan ingatan jangka panjang mereka. Teknik-teknik ini bukan sahaja berkesan, tetapi juga menarik dan menyeronokkan untuk pelajar, memupuk sikap positif terhadap pembelajaran dan rasa ingin tahu mereka. Untuk memastikan pelajar sedia untuk menghadapi peperiksaan, kelas ulang kaji dan peperiksaan percubaan (mock exams) juga dikendalikan, supaya para guru dapat menilai pemahaman setiap pelajar dan melaporkan kemajuan mereka.
Walaupun saiz premis mereka tidak luas, Big Apple Before & After School Care SS2 mengutamakan keselesaan dan mewujudkan persekitaran yang selamat bagi pelajar untuk berehat, belajar dan bergaul sesama pelajar. Pusat mereka baru sahaja diubahsuai, dengan hiasan yang teliti, kelengkapan hawa dingin, serta tahap kebersihan yang tinggi. sesuai dengan jenama Big Apple yang dikenali untuk komitmen yang tinggi terhadap kualiti. Kamera CCTV juga dipasang di lokasi yang strategik di seluruh premis mereka, memastikan kewaspadaan dan pemantauan yang rapi. Ibu bapa boleh yakin bahawa anak-anak mereka berada di bawah jagaan yang baik, menerima asuhan dan didikan dalam persekitaran yang mengutamakan perkembangan holistik, kesejahteraan, dan kejayaan akademik setiap pelajar.