Peninsula International School Australia
Kiddy123 Frame
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
Little Angel Kindergarten
The children's house
Small Wonder Malaysia

Tadika dan Prasekolah Terbaik di Ampang

by on 28/11/2019 19133

Also available in : English , 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 15 Februari 2024.

Ampang merupakan bandar besar yang terbahagi kepada dua daerah di mana bahagian timurnya terletak di Kuala Lumpur dan yang lain di Selangor. Sebagai sebuah bandar yang mempunyai sejarah yang panjang, terdapat pelbagai tarikan di sini, termasuklah prasekolah dan tadika yang hebat untuk kita kunjungi.

Meneruskan siri Prasekolah Terpilih kami, kali ini kami membawa anda pilihan prasekolah dan tadika yang terbaik di Ampang, Kuala Lumpur untuk memudahkan anda membandingkan prasekolah. Artikel ini hanya akan membincangkan prasekolah dan tadika di Ampang dengan alamat Kuala Lumpur.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


 

Anugerah Bestari Playschool & Preschool, Ampang, Kuala Lumpur merupakan sebuah tempat yang mesra dan sentiasa berusaha untuk memupuk hati kanak-kanak dengan nilai-nilai Islamik dan semangat untuk belajar melalui pendekatan pembelajaran berasaskan permainan. Dengan mendekatkan pembelajaran menyeronokkan dengan pembelajaran agama, Puan Zaharah, pengasas dan peguam Syariah bertauliah, mempunyai impian untuk memandu dan membesarkan kanak-kanak Muslim dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kebijaksanaan untuk mereka mendapat permulaan hebat dalam dunia pembelajaran mereka.

Sebagai antara prasekolah Islamik pertama di Malaysia, Anugerah Bestari menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dengan modul Islamik diintegrasikan dalam jadual harian kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun. Pembelajaran merangkumi komponen menyeronokkan seperti aktiviti, permainan, main peranan, lagu dan elemen multimedia untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik.

Baca Selanjutnya

Anugerah Bestari Playschool & Preschool, Ampang, Kuala Lumpur

C-01-01, Desa Permai, Jalan 13D, Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang, Kuala Lumpur 68000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Beaconhouse Newlands Early Years, Ampang U-Thant

Beaconhouse Newlands Early Years (BNEY) di U-Thant, Ampang menitikberatkan kombinasi dinamik kemahiran, pengetahuan, dan pemikiran kritis bagi kanak-kanak berumur 1 ½ hingga 6 tahun, yang kesemuanya akan menjadi tonggak untuk melahirkan pelajar sepanjang hayat (lifelong learners) dan masyarakat global yang bertanggungjawab.

Dengan pendidikan berkualiti tinggi melalui integrasi amalan terbaik antarabangsa, program UK Early Years Foundation Stage (EYFS) dan kurikulum Beaconhouse School System, serta ruang bermain yang ideal untuk kanak-kanak menerusi persekitaran pembelajaran yang kaya dan pelbagai yang menyokong proses pembelajaran mereka, tadika ini tekad untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak memulakan perjalanan pendidikan mereka.

Baca Selanjutnya

Beaconhouse Newlands Early Years, Ampang U-Thant

No. 23, Jalan Taman U-Thant, Ampang, Kuala Lumpur 55000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


British Montessori, Ampang telah menyediakan persekitaran yang mesra dan mengalu-alukan untuk memupuk potensi sebenar setiap kanak-kanak lebih daripada 27 tahun. Ia menggunakan kaedah Montessori yang sentiasa malar segar dalam pendidikan dan direka untuk menghasilkan suasana yang menenangkan untuk menggalakkan pembelajaran dan perkembangan kendiri intelek, emosi, fizikal, dan sosial. Kanak-kanak dibenarkan untuk berkembang dengan rentak mereka sendiri, dan diberi kebebasan untuk meneroka minat dan keperluan mereka. Kurikulum di sini merangkumi Membaca dan Menulis, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik, Geografi, Sejarah, Sains, Kemahiran Hidup, Sensori, Seni dan Kraf, Pembelajaran Agrikultur, Tarian dan Drama, dan juga Memasak. Melalui semangat dan dedikasi tanpa henti, guru-guru di British Montessori Preparatory School mempunyai kemahuan yang tinggi untuk memperkasakan kemahiran mereka dalam membantu kanak-kanak berkembang dengan lebih baik.

Baca Selanjutnya

British Montessori, Ampang

No. 6, Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Kuala Lumpur 68000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Children's Discovery House adalah sebuah tadika Montessori yang bermatlamat untuk menyemai rasa cintakan pelajaran dalam diri kanak-kanak melalui penerokaan kendiri dalam suasana yang teratur dan memupuk. Kanak-kanak belajar dengan baik di dalam persekitaran yang inklusif yang menyokong keperluan perkembangan diri mereka. Aktiviti berstruktur mereka yang pelbagai bertujuan untuk menggalakkan perkembangan emosi sihat kanak-kanak, koordinasi fizikal dan kecemerlangan intelektual yang akan memberi mereka asas kukuh dalam hidup.

Subjek asas Montessori yang terdiri daripada bahasa, matematik, kemahiran hidup dan seni kreatif diseimbangkan dengan pendidikan budaya yang merangkumi sains, sejarah, teknologi, geografi dan sastera. Tambahan pula, Bahasa Malaysia, Mandarin, muzik dan gimnastik juga adalah sebahagian daripada program prasekolah ini untuk memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak akan dapat menghargai dunia mereka melalui aktiviti sensorial interaktif dan perbincangan yang menarik untuk merangsang minda dan analisis melalui ekspresi diri.

Baca Selanjutnya

Children's Discovery House, Ampang

74A, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Ampang, Kuala Lumpur 55000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Terletak di Taman Muda, Ampang, FC Kindergarten menerima kanak-kanak berusia di antara 3-6 tahun. Dengan tagline mereka, "From cradle to career," tadika ini memberi asas kukuh untuk kanak-kanak mencapai kejayaan pada masa akan datang. Tadika FC menggunakan kurikulum prasekolah yang telah digariskan oleh standard pendidikan Malaysia, juga dikenali sebagai KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan). Melalui kurikulum ini, Tadika FC dapat memastikan kanak-kanak menerima pendidikan komprehensif yang sejajar dengan matlamat pendidikan negara.

Baca Selanjutnya

FC Tadika Taman Muda, Ampang

30A & 32A, Jalan Bunga Tanjung 9B, Ampang, Selangor 68000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Kingsbee Toddlers Preschool, Pandan Indah didedikasikan untuk membantu keluarga menyediakan program berpusatkan kanak-kanak yang kaya untuk kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 3 tahun, serta penjagaan selepas sekolah (after school care), yang membolehkan pencapaian sepenuhnya potensi intelektual, kognitif, sosial, emosi dan fizikal mereka. Pusat penjagaan kanak-kanak ini percaya bahawa belajar melalui bermain, penerokaan dan penggunaan kaedah guna tangan (hands-on) harus digalakkan untuk merangsang perkembangan otak kanak-kanak secara keseluruhan.

Bilik darjah terbuka dengan lekapan bersesuaian dengan kanak-kanak menjadikan ruang itu menyeronokkan. Kurikulum yang menyeluruh dan system sokongan yang kukuh membant kanak-kanak mengasah bakat dan belajar kemahiran hidup yang penting. Guru-guru yang terlatih menyediakan laporan prestasi setiap kanak-kanak untuk melihat dan menilai perkembangan mereka. Penyediaan makanan vegetarian berkhasiat dan servis penjagaan selepas sekolah dapat memenuhi keperl ibu bapa yang bekerja. Dengan persekitaran yang penyayang dan menyokong pertumbuhan kanak-kanak seperti ini, kanak-kanak akan belajar, bereksperimen, bermain, berkawan dan mendapat kesediaan untuk beralih ke tadika.

Baca Selanjutnya

Kingsbee Toddlers Preschool, Pandan Indah

No. 35, Jalan Pandan Indah 18, Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur 55100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


New Sun Moon, Ampang ditubuhkan dengan misi murni untuk menyediakan pendidikan awal yang luar biasa untuk si kecil semasa tempoh pembelajaran paling penting dalam hidup mereka. Di sini, pendekatan tematik digunakan, dan dengan pengurusan yang terbaik, tema ini dikekalkan untuk menarik minat minda muda dan juga memastikan mereka fokus pada pembelajaran mereka. Dengan pemahaman bahawa kanak-kanak belajar melalui bermain, NSM menawarkan banyak aktiviti yang menyeronokkan untuk semua kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun, membolehkan mereka menggerakkan badan mereka, meneroka persekitaran pembelajaran mereka, dan membina kemahiran motor mereka semasa mereka menyerap. dan belajar perkara baru setiap hari. Satu ciri yang menonjol di New Sun Moon ialah penggunaan teknologi pengekodan genetik yang menawarkan ibu bapa serta guru tentang kekuatan dan kelemahan pelajar, membolehkan mereka merancang pelan pengajaran yang memanfaatkan kemahiran dan bakat semula jadi mereka. Dengan teknologi ini, adalah mungkin untuk membuat kesimpulan tentang cara terbaik untuk mengajar dan membimbing pelajar untuk mencapai potensi tertinggi mereka. Ibu bapa juga boleh mendapat kelebihan mengetahui cara terbaik untuk menjaga anak mereka mengikut keperluan uniknya, supaya mereka boleh mendapatkan yang terbaik daripada tempoh pembelajaran kritikal dalam hidup mereka ini!

Baca Selanjutnya

New Sun Moon Kindergarten, Ampang

No. 7-1 & 7-2, Jalan Bunga Tanjung 9c, Taman Putra, Ampang, Selangor 68000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 

The children’s house terkenal sebagai salah satu perintis metode Montessori di Malaysia. Pusat mereka di Ampang, ikonik dengan warna merah dan putihnya, bangga dapat berkhidmat kepada masyarakat selama bertahun-tahun.

Program Montessori di The children’s house terbahagi kepada dua: Montessori Playgroup (Infant, Pre-Toddler dan Toddler untuk kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 2.5 tahun) dan Montessori Playgroup (Nursery dan Preparatory untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun). Program setiap kumpulan memberi fokus untuk menyediakan kanak-kanak untuk peringkat seterusnya dan nisbah antara guru dan kanak-kanak yang rendah direka untuk memastikan sesi pembelajaran optimum.

 

Baca Selanjutnya

The children's house, Ampang

No. 7, Jalan Ampang Hilir, Ampang, Kuala Lumpur 50490
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Terdapat lagi satu The children’s house yang terletak di Jalan U-Thant. Pusat yang agak baru ini dibina dengan fokus terhadap suasana pembelajaran dan kehijauan dan ruangan luar. Menerima kanak-kanak dari usia 8 bulan hingga 6 tahun, setiap program direka untuk memberi pendidikan awal kanak-kanak terbaik melalui kaedah Montessori yang terbukti keberkesanannya.

Sekolah ini menggunakan program yang berasaskan nilai dan mencerminkan masyarakat sekitar serta kekal setia dengan teras pendekatan Montessori. Kakitangan tidak hanya menyokong anak-anak tetapi juga ibu bapa, kerana aktiviti bersama turut dilaksanakan untuk menggalakkan tanggungjawab bersama ibu bapa dalam pembelajaran awal dan perkembangan kanak-kanak.

 

Baca Selanjutnya

The children's house, U-Thant

No. 11, Jalan U-Thant, Ampang, Kuala Lumpur 55000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tadika Yu Der telah beroperasi sejak tahun 1952, dan generasi demi generasi kanak-kanak telah mendapat manfaat daripada program pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti. Memfokuskan pada 7 bidang pembelajaran utama, Yu Der komited untuk memupuk minat anak-anak untuk mengembangkan pemikiran dan karakter.

Di Yu Der, kanak-kanak diberi akses kepada pelbagai suumber untuk membantu mereka membaca dan menguasi perbendaharaan kata. Kegiatan kokurikulum dan kurikulum yang dilaksanakan menggunakan teknologi merupakan salah satu kekuatan Yu Der. Dengan semua kakitangan komited untuk memastikan Yu Der mencapai matlamatnya dalam pendidikan awal kanak-kanak, pelajar di sini pasti mendapat asas yang diperlukan untuk masa depan mereka.

Baca Selanjutnya

Yu Der Kindergarten, Pandan Indah

No. 2, Jalan Pandan Indah 5/3, Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur 55100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.