Peninsula International School Australia
Kiddy123 Frame
Little Angel Kindergarten
The children's house
Small Wonder Malaysia
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)

Mahukan Hari Penuh Keseronokan? Cari Saja di Traveloka

by on 09/10/2019 1241

Also available in : English , 中文版

Membesarkan anak-anak bukan kerja yang mudah, kerana sentiasa banyak perkara yang perlu dilakukan. Hakikatnya, keibubapaan adalah satu perjalanan yang tidak pernah berakhir, penuh liku dan cabaran. Sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan keperluan anak-anak anda sentiasa dipenuhi, tidak kira dengan cara apa dan bagaimana sekalipun. Ini termasuk kewajipan menyediakan pakaian, makanan dan pendidikan kepada mereka, serta menjaga keselamatan mereka, semuanya dilaksanakan dengan penuh rasa dedikasi oleh ibu bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.

Selain itu, penting bagi kanak-kanak diberi peluang sewajarnya untuk turut bermain dan berhibur. Malah, dalam era moden ketagihan skrin ini, penting bagi kanak-kanak untuk menghabiskan masa bagi perkara selain telefon, komputer riba dan tablet mereka, serta terlibat dalam aktiviti fizikal yang menyihatkan dan akan dapat memperkaya minda mereka sementara mengekalkan kesihatan jasmani.

  • Ketahui semua aktiviti kanak-kanak yang tersedia dengan Traveloka
  • Jimatkan masa tanpa perlu beratur panjang apabila anda membeli tiket dengan Traveloka

Masa Menyeronokkan buat Keluarga Anda: Semua Ini dengan Hanya Beberapa Klik Sahaja!

Mencari perkara yang dapat menghiburkan anak anda dengan cara sesuai dan mengisi masa mereka pada hujung minggu dan musim cuti sekolah adakalanya agak mencabar, terutamanya apabila anda mula kehabisan idea. Sebagai sebuah agensi pelancongan dalam talian (OTA), Traveloka mungkin tidak memerlukan sebarang pengenalan. Sebagai pemain penting dalam ranah pelancongan ASEAN, OTA yang disukai ramai ini sudah terkenal dengan tawaran pelancongan menarik, promosi, pilihan pembayaran mudah dan banyak lagi. Bagaimanapun, tahukah anda ia menawarkan lebih daripada sekadar tawaran penerbangan dan hotel, serta perkhidmatan pelan percutian.

Tepat sekali! Traveloka juga menawarkan cara yang sangat mudah untuk ibu bapa memilih perkara menyeronokkan untuk dilakukan sebagai sebuah keluarga daripada pelbagai pilihan mengujakan dan menghiburkan.

Anda boleh memilih antara tarikan teratas di Malaysia DI SINI dan meneroka aktiviti berdasarkan destinasi/lokasi yang anda sukai atau mencari aktiviti secara langsung jika anda tahu dengan tepat apa yang anda inginkan.

Ia benar-benar sangat mudah!

Sebaik sahaja anda membuat keputusan, apa yang anda perlu lakukan hanyalah membeli tiket anda dalam talian dan menunjukkan tempahan dalam talian/kod QR anda di kaunter dan biarkan sahaja keseronokan bermula!

Namun beri perhatian waktu beroperasi mungkin berbeza pada hari berlainan, oleh itu semak dahulu waktu buka dan tutup terkini, begitu juga jadual acara dengan pengendalinya.

Sementara itu, di sini ada beberapa contoh aktiviti yang menanti anda melalui Traveloka:

1. SuperPark Malaysia Apabila Anak Anda Perlu Membakar Tenaga!

Adakah anak anda orangnya aktif dan tidak boleh duduk diam? Baiklah, anda boleh bersyukur kerana ini sikap yang jarang ditemui dalam gaya hidup sedentari yang lebih berpengaruh hari ini, malah dalam kalangan kanak-kanak. Biarkan mereka sungguh-sungguh membakar tenaga yang terpendam di SuperPark Malaysia, berkedudukan strategik di pusat beli-belah Avenue K di tengah kota. Ia menawarkan lebih daripada 25 aktiviti terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu Kawasan Cabaran, Arena Permainan dan Dewan Gaya Bebas. Di SuperPark, anda akan mendapati banyak aktiviti sesuai untuk usia dan tahap kesihatan berbeza, semuanya tersedia dalam 40,000 kaki persegi tapak tertutup. Kanak-kanak dan orang dewasa boleh sama-sama sedaya-upaya menguji kecekapan dan kemahiran fizikal mereka sambil mengeratkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan. Oleh itu, jika keluarga anda meminati aktiviti yang mendebarkan dan mencabar, tempah tiket anda sekarang DI DINI dan anda boleh ke sana!

SuperPark Malaysia terletak di:

Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

2. Petrosains KLCC: Dunia penerokaan dan pembelajaran menyeronokkan

Kanak-kanak sentiasa belajar dan mereka mempunyai keupayaan semula jadi untuk mempelajari sesuatu. Anda boleh meningkatkan pengalaman pembelajaran anak-anak anda dengan menempah lawatan ke Petrosains - Pusat Penerokaan, terletak di aras 4 dan 5 di kedua-dua menara 1 dan 2 Menara Berkembar Petronas. Petrosains dicipta untuk menawarkan penerokaan dan pembelajaran interaktif dan berasaskan pengalaman sambil menghabiskan masa menggembirakan bersama keluarga dan rakan-rakan di bahagian bertema yang khusus seperti Diorama Geotime, Dunia Nano Molekul, Sparkz dan banyak lagi. Anda pasti mendapati satu hari sahaja tidak memadai untuk menikmati semua pengalaman, pameran dan acara bertema mengujakan yang lain. Pusat ini juga mempunyai kafenya sendiri, jadi keluarga boleh berehat dan mengisi perut sebelum menyambung aktiviti mereka dengan lebih banyak penerokaan mengujakan dan pengalaman pendidikan dipenuhi keseronokan. Pada penghujung hari, anda dialu-alukan untuk berhenti di kedai cenderamata dalam perjalanan keluar, untuk membeli sesuatu sebagai kenang-kenangan hari menarik yang dihabiskan di Petrosains KLCC.

Usah bazirkan seminit pun lagi - klik DI SINI untuk menempah tiket penerokaan dan pembelajaran di Petrosains KLCC!

Petrosains KLCC terletak di:

Level 4 Suria, KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

3. KidZania Kuala Lumpur: Tempat Kanak-kanak Menjadi Penguasa Kota!

Apakah rasanya apabila melalui pengalaman orang dewasa yang bekerja? Apakah cara yang lebih baik untuk mendidik kanak-kanak tentang dunia orang dewasa selain daripada memberikan mereka merasai pengalaman itu sendiri. Inilah yang ingin ditawarkan oleh KidZania - sebuah pusat didik hibur menyerupai kota mini yang lengkap dengan jalan raya, kenderaan, bangunan pejabat, kedai, bank, hospital, balai polis dan segala hal lain yang akan anda temui di sebuah bandar sebenar! Di sini, kanak-kanak mendapat peluang belajar secara amali tentang pelbagai pekerjaan orang dewasa termasuk doktor, pegawai polis, juruterbang, juruelektrik, posmen, ahli bomba, malah penyampai radio, serta berdozen pekerjaan lain, dengan cuba merasai sendiri pengalamannya. Sehari yang dihabiskan di KidZania secara ringkasnya, tidak serupa hari yang lain. Bagi mengetahui betapa rumit dan terperinci pengalaman ini, seorang kanak-kanak harus berada di sana dan merasainya sendiri!

Kanak-kanak juga akan menerima gaji untuk pekerjaan yang mereka lakukan dengan baik, dan belajar lebih banyak mengenai menguruskan wang dengan menggunakannya untuk membeli secara bijak di kedai KidZania. Dengan cara melibatkan kanak-kanak dengan permainan peranan realistik seperti ini, kanak-kanak dapat mengetahui lebih banyak mengenai kerja berpasukan, tolak ansur, kemahiran sosial, dll. KidZania ialah tempat yang selamat, terlindung dan sesuai untuk kanak-kanak antara 2-12 tahun. Jadi, adakah anda fikir anak anda akan menyukainya? Teruskan dan klik DI SINI untuk menempah tiket anda hari ini!

KidZania terletak di:

The Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

4. Taman Tertutup Sytropolis Funland: Keseronokan Keluarga dengan Keterujaan Pelbagai Tahap!

Taman tema tertutup dengan tunggangan dan permainan yang akan sentiasa digemari oleh keluarga yang gemarkan keseronokan. Terletak tinggi di Genting Highlands, Taman Tertutup Sytropolis Funland melimpah dengan pelbagai jenis tunggangan dan aktiviti yang menawarkan pelbagai tahap keseronokan dan keterujaan. Daripada tunggangan trek miniatur dan kuda pusing sehinggalah kepada tunggangan berkelajuan tinggi yang hebat dan ‘jatuhan’ yang mendetap-detupkan jantung, taman tema kesukaan ramai ini ialah sumber keseronokan dan gelak ketawa bagi ramai keluarga daripada seluruh Malaysia. Sebahagian contoh tunggangan ‘tahap keterujaan rendah’ termasuklah Loop de Loop, Boo Boo Bump dan Whirly Bug, manakala Royal Carousel, Copper Express dan Space Cadets adalah antara tunggangan keterujaan sederhana. Tunggangan keterujaan tinggi termasuklah Power Surge, Sky Towers dan Spin Crazy, antara lain. Berasa lapar? Berasa dahaga? Gerai menjual makanan dan minuman terletak dengan strategik di pelbagai kawasan di dalam taman untuk membantu keluarga mengisi perut dan terus berseronok sehingga waktu pulang ke rumah. Semua pengalaman ini dapat dilalui keluarga anda dan anda sendiri, tetapi klik DI SINI terlebih dahulu untuk mendapatkan tiket anda!

Skytropolis terletak di:

Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia

 

Terokai pengalaman untuk anak anda di Traveloka dan jadikan mereka teruja dengan aktiviti rekreasi yang menyegarkan dan menyeronokkan