by on 15/03/2017 3189
Pusat Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak Choo Choo Train (Choo Choo Train) merupakan pusat penjagaan kanak-kanak berlesen yang mempunyai 8 cawangan di Petaling Jaya, Shah Alam dan Kuala Lumpur. Choo Choo Train mula beroperasi pada tahun 2010 dengan visi dan keinginan untuk menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Sebelum menubuhkan Choo Choo Train, pengasasnya, iaitu Cik Alexandra Sim hanyalah seorang ibu bekerja yang ingin mencari sebuah pusat penjagaan kanak-kanak untuk anaknya. Dalam proses itu, dia mendapati bahawa bilangan pusat penjagaan kanak-kanak yang berkualiti di Lembah Klang adalah amat terhad. Maka, dia bertekad untuk membuka pusat penjagaan kanak-kanaknya sendiri untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada semua ibu bapa yang bekerja.
Choo Choo Train dapat dilihat dari jauh kerana warna catnya yang terang. Persekitaran Choo Choo Train ini adalah agak tenteram dan senyap. Terdapat ruang aktiviti yang mencukupi di luar, dengan papan gelongsor dan buaian. Sebaik sahaja kami memasuki premis ini, salah seorang pengasuh di sini menyambut kedatangan kami dan meminta kami mendaftarkan nama serta menandatangani buku pelawat. Ini adalah untuk mengawasi pelawat yang memasuki dan keluar dari sini. Kami juga dimaklumkan bahawa CCTV turut dipasang di dalam bangunan ini untuk tujuan keselamatan.
Sambil kami berjalan masuk ke dalam Choo Choo Train, kedengaran suara kanak-kanak yang ceria dari bahagian dalam bangunan ini. Sama seperti bahagian luarnya yang berwarna terang, bahagian dalam bangunan ini juga dicat dengan warna terang dan kelihatan berwarna-warni. Kami nampak beberapa kumpulan kanak-kanak sedang menjalankan aktiviti di atas lantai dan ada yang sedang bermain di meja sambil diawasi oleh guru atau pengasuh. Cik Alexandra menekankan kepentingan untuk bermain pada peringkat awal kanak-kanak kerana anak kecil belajar dengan lebih cepat melalui aktiviti bermain. Walaupun Choo Choo Train mengamalkan kaedah pengajaran Montessori, namun mereka turut menggabungkan pendekatan awal kanak-kanak secara holistik. Kurikulum bertema di Choo Choo Train telah direka dengan menggabungkan ciri-ciri terbaik daripada kedua-dua pendekatan tersebut. Anak-anak kecil juga boleh berjemur dan mendapatkan urutan bayi sebagai sebahagian daripada kurikulum mereka, tetapi aktiviti berkenaan akan dijalankan di bawah pengawasan guru atau pengasuh.
Cik Alexandra mempunyai minat yang mendalam dalam perkembangan awal kanak-kanak dan dia adalah amat berhati-hati semasa mengendalikan segala urusan berkaitan dengan kanak-kanak. Ini jelas kelihatan dari segi guru dan pengasuh yang bekerja di Choo Choo Train. Semua guru di sini mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak. Di Choo Choo Train juga terdapat jururawat yang bertauliah untuk menjaga kumpulan kanak-kanak yang lebih kecil.
Choo Choo Train menawarkan program yang berlainan berdasarkan umur kanak-kanak kerana Cik Alexandra percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai keperluan yang berbeza. Setiap kanak-kanak di pusat penjagaan Choo Choo Train akan diperhatikan dengan teliti dan keperluan mereka akan dipenuhi dengan mengubah suai program atau jadual waktu kanak-kanak tersebut berdasarkan keperluannya.
Adakalanya pihak ibu bapa perlu dididik terlebih dahulu kerana mungkin mereka telah membaca banyak artikel tentang pelbagai kaedah daripada buku ataupun Internet, tetapi kaedah tersebut tidak semestinya sesuai untuk anak mereka Cik Alexandra
Dalam perbualan kami dengan Cik Alexandra, kami mendapati bahawa dia amat mementingkan aspek kebersihan. Pada setiap pagi pengasuh akan membersihkan dan menyahjangkit semua bilik sebelum kanak-kanak tiba. Ini menunjukkan bahawa Choo Choo Train amat mementingkan kesejahteraan kanak-kanak kerana kita semua tahu bahawa kanak-kanak suka merangkak di atas lantai dan memasukkan apa-apa saja ke dalam mulut mereka. Selain itu, di dalam bilik darjah juga terdapat alat penapis udara untuk memastikan persekitaran yang bersih dan udara yang segar.
Choo Choo Train juga menyediakan menu makanan yang berbagai-bagai kepada kanak-kanak, iaitu dikenali sebagai Grow Better Programme. Menu ini direka khas berdasarkan keperluan kanak-kanak untuk membantu mereka memupuk tabiat pemakanan yang sihat. Ia mengandungi pelbagai makanan yang organik dan berkhasiat seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran. Kadangkala herba Cina juga ditambah ke dalam menu mereka. Cik Alexandra memberitahu kami bahawa dia mendapati ramai ibu bapa keliru dengan langkah untuk memperkenalkan makanan pepejal dalam diet bayi mereka. Oleh itu, di Choo choo Train terdapat pelan pemakanan khas untuk bayi berumur 6 bulan ke atas untuk memperkenalkan makanan pepejal dalam diet mereka secara perlahan-lahan. Selain itu, buku panduan juga diberi kepada ibu bapa untuk membantu mereka menyediakan makanan anak mereka di rumah.
Selepas kami menamatkan perbualan dengan Cik Alexandra, sudahpun tiba masa untuk makan tengah hari dan kanak-kanak (yang berumur lebih kurang 2 tahun) sedang duduk berjemur di laman dalam sambil makan tengah hari. Mereka semua mampu makan tanpa bantuan orang dewasa. Kami berasa amat senang hati melihat wujudnya pusat penjagaan kanak-kanak seperti Choo Choo Train yang benar-benar mengambil berat tentang kesejahteraan kanak-kanak. Berikutan dengan penekanan yang diberikan terhadap aspek keselamatan, kebersihan dan program makanan sihat, ibu bapa langsung tidak perlu risaukan anak mereka semasa berada di pusat penjagaan Choo Choo Train.